Antara Melayulisasi dan Amerikalisasi. Pilihan Anda?

Oleh: Khairul Amar Razali, Nashville, TN 

Sudah dua tahun saya berada di negara yang berbangga dengan lagu The Star-Spangled Banner ini. Selama dua tahun ini jugalah, saya menyedari hakikat bahawa terdapat perubahan yang berlaku bukan sahaja pada diri saya, tetapi juga kepada persekitaran di sekeliling diri saya, termasuk rakan sebaya. Saya tidak dapat menolak akan perubahan yang berlaku dan saya amat mengharapkan agar perubahan yang berlaku sama ada sama ada yang saya sedari atau tanpa disedari, moga-moga merupakan perubahan yang lebih baik, reformasi lebih bernilai yang akan menjadikan diri saya ini ‘produk luar negara’ yang berjaya bukan sahaja untuk diri sendiri, malah untuk agama, nusa dan bangsa.

Baru-baru ini, saya berkesempatan menghadiri satu mesyuarat badan pelajar Melayu di kampus saya. Dalam mesyuarat itu, kami akan memilih jawatankuasa baru untuk menerajui badan pelajar tersebut. Segalanya berjalan lancar, namun ketika sesi soal jawab, atau sesi ‘temuduga’ antara calon pilihan dan para pelajar yang hadir, ada pelbagai perkara yang menarik perhatian diri saya.

 

Sikap kebanyakan orang Melayu yang saya kenali selama ini jarang yang berubah. Antaranya ialah sikap mematuhi masa. Saya masih ingat ketika di bangku persekolahan, jika di mesyuarat badan tinggi pengawas atau badan dakwah sekalipun, isu tepat pada masa akan dibangkitkan. Saya menyangka bahawa sikap yang kurang elok ini akan terkikis apabila berada di institusi pendidikan tinggi, namun jangkaan saya itu meleset sama sekali. Setiap kali calon diuji dengan soalan-soalan daripada para pelajar, antara soalan yang akan terhambur ialah “Bagaimanakah anda mahu mengubah tabiat pelajar-pelajar kita agar mematuhi masa?” atau “Adakah anda menepati masa supaya menjadi contoh kepada para pelajar yang lain?” Jujurnya, saya sangat menyampah dengan sikap tidak menepati masa ini, tidak kira bangsa dan tidak kira siapa. Saya ingin berkongsi suatu pengalaman yang saya rasakan menjadi satu bukti yang cukup baik. Setiap hari Sabtu, kebanyakan pelajar-pelajar Melayu mendaftar untuk hadir ke sebuah kelas perbincangan agama. Namun, saya sudah menyaksikan kejadian yang serupa berulang hampir setiap minggu, iaitu kelas yang dijadualkan bermula pada jam 1030 pagi itu, akan mula dipenuhi oleh para pelajar Melayu pada jam 1045 atau 1050 pagi. Ada juga yang terlajak sehingga ke jam 1100 pagi.

 

Apa sudah jadi? Tidak malukah kita dengan peserta lain yang kebanyakannya golongan yang lebih tua, atau yang lebih penting, rata-rata tidak seakidah dengan kita?

 

Perkara kedua yang sangat menarik perhatian saya ialah masih terdapat pelajar-pelajar kita yang sangat sukar bersosial dengan pelajar tempatan. Apabila saya katakan perihal bersosial ini, janganlah anda tersalah tafsir. Maksud saya ialah kebanyakan kita sangat culas untuk terlibat dengan aktiviti-aktiviti semasa kampus, segan untuk berkawan dengan pelajar-pelajar tempatan, atau sekadar gembira untuk menjadi ahli lelap dalam kegiatan-kegiatan berpersatuan di kampus. Kita mungkin boleh kata perbezaan budaya, akidah dan bahasa membataskan segala. Bagaimana dengan Persatuan Islam (Muslim Student Association, MSA)? Setiap kali saya menghadiri mesyuarakat MSA itu, hanya muka-muka yang sama datang mewarnai. Saya tidak faham mengapa susah sangat mahu bergaul dengan pelajar-pelajar tempatan itu. Mungkin bahasa yang menjadi halangan utama, tetapi pada pandangan saya bahasa bukanlah masalah yang utama. Kita menerima hakikat bahawa kita tidak mampu bercakap 100% sama dengan bahasa tempatan, benar kerana kita bukanlah lahir dan dibesarkan di sini. Saya juga mendapati mereka memahami keadaan tersebut dan perkara yang perlu kita usahakan ialah keberanian dan keyakinan kita untuk berkomunikasi.

 

Perkara utama yang saya rasa menjadi ‘penyakit’ yang paling parah di kalangan pelajar Melayu ialah adanya mentaliti menunding jari. Saya kesal dengan beberapa soalan yang dikemukan oleh para pelajar terhadap calon yang ditemuduga. Bagi saya, soalan yang dikemukan itu terus mengambarkan pemikiran mereka secara mutlak. Izinkan saya mengolah soalan yang dikemukan itu, yang menjadi antara ‘soalan biasa’ yang diajukan. Katakan saya sedang berjalan dengan rakan Melayu saya, secara kebetulan saya berselisihan dengan rakan tempatan saya. Saya bercakap-cakap seketika dengan rakan tempatan saya itu, dan mendapati rakan Melayu saya itu tiba-tiba menjauhkan diri. Justeru soalannya, apakah tindakan calon presiden itu untuk mengubah sikap rakan Melayu saya yang menjauhkan diri itu?

 

Jika saya berada ditempat calon tersebut, mudah sahaja, saya akan menjawab, “Tanyalah kepada kawan Melayu saya itu. Mengapa tanya saya?” Ya, mengapa perlu bertanya kepada diri saya? Apakah silap saya yang menyebabkan rakan Melayu itu menjauhkan diri? Bukankah rakan Melayu saya itu sendiri yang sepatutnya berubah sikap? Adakah saya yang perlu mengubah sikap rakan Melayu saya itu jika dirinya sendiri menyedari kelemahan yang terdapat pada diri?

 

Jika kita terus-menerus melihat penyelesaian kelemahan yang berlaku itu terletak pada orang lain dan bukan pada diri kita sendiri, kita berada satu tahap yang berbahaya!

 

Saya ingin mengingatkan juga di sini, bukan tidak ada rakan-rakan yang bergaul dengan pelajar-pelajar tempatan di sini. Ada, bukan tidak ada. Bahkan yang mampu bertutur serupa, dan dengan menambah loghat selatan (Western American), atau bercakap ala-ala African American pun ada. Bagus, sewajarnya pujian diberikan kepada mereka.

 

Tetapi apa yang menarik perhatian diri saya, mereka yang bergaul ini seolah-olah tidak nampak batas sempadan langsung. Semuanya direntas kecuali akidah. Saya percaya bahawa kita perlu meletakkan agama sebagai perkara yang paling utama di dalam diri kita. Apalah gunanya jika kita hanya mempraktikkan agama hanya pada solat dan berpuasa tetapi tidak pada pergaulan sehari-hari? Saya takut dan bimbang sekiranya rakan-rakan yang ingin sangat menjadi seperti orang-orang tempatan, akan hilang maruah diri dan secara tidak sedar, hilang kefahaman dalam beragama. Kita wajar menerima hakikat bahawa budaya orang tempatan yang suka berparti, bergaul bebas dan sebagainya, dan perkara itulah yang perlu kita jauhi. Saya bukanlah mahu menyatakan kita perlu menolak segala perkara yang mereka lakukan, tidak!

 

Terdapat banyak lagi kegiatan-kegiatan berfaedah yang boleh dilakukan. Perbincangan, diskusi atau perjumpaan ilmiah jika dilakukan bersama-sama dengan rakan tempatan sangat membuka minda. Kita melihat nilai-nilai moral yang mereka miliki, contohnya kreativiti, berani bersuara, sering bertanya dan sebagainya. Itulah nilai yang wajar kita contohi. Bukannya mengambil mentaliti hedonisme, bergembira gila-gila dan sebagainya. Ambil yang kira rasa boleh memajukan diri, tinggal apa yang dilarang oleh agama, yang terbukti hanya memudaratkan diri.

 

Melayu, sangat terkenal dengan adat yang halus dan berbudi pekerti. Americans pula dengan pemikiran mereka yang sentiasa ke hadapan, kreatif, maju dan berwawasan. Jika kita mampu menggabungkan kedua-dua aspek tersebut, saya percaya bahawa kita akan menjadi manusia yang produktif. Tidak perlulah untuk terlalu menjadi Melayu, dan tidak wajar untuk terlalu menjadi American. Masalah tidak akan selesai. Saya juga cukup percaya bahawa pokok pangkalnya, selagi kita berpegang teguh dengan akidah dan ajaran agama, kita tidak akan terbabas ke landasan yang tidak baik. Tidak kiralah apa bangsa kita, apa bahasa percakapan kita, selagi kita berpegang dengan agama, dengan melakukan perkara yang dituntut dan meninggalkan perkara yang ditegah, kita akan sentiasa kehadapan lantaran agama tidak sekali-kali menolak kemajuan dan sangat menggalakkan penganutnya mengejar kemajuan.

 

Sekadar berkongsi rasa,

 

Amar Razali,

Nashville, TN.

8 comments so far

  1. syah on

    sapa al humaidi?aku pun x berapa pasti tp aku petik kata2 dia dr buku ‘la tahzan'(Don’t be sad’)..

  2. zizerq on

    cermin diri sendiri lu beb

  3. KB on

    yet another kakiblog wannabe…

  4. papa on

    ACIK,
    papa gembira baca penulisan acik. acik sedang lalui satu proses pembelajaran dan sedang bina idealism dan aktivism, macam mana laptop boleh hilang, acik perlu beli yg barulah. Next week papa will in Paris for UNESCO meeting 1 – 7 Mac. On 30/3 night kita buat majlis marhaban di KT.

  5. easy on

    Seputar teringat akan tarbiyah yang terlepas dari lingkung surau K.I.K dahulu kala yang mengatakan realisasi bagi sebuah set solat yang optima adalah kemampuan merelaisasikan falsafah solat dan etikanya di dalam kehidupann seharian, lantas kerugianlah bagi mereka yang menjadi khalyak rutin solat 5 waktu namun tidak tercerna falsafahnya dalam kehidupan harian.

  6. eq on

    wow..a good one….

    the values that you mentioned and the things that we need to learn from the Americans are also being mentioned by Tun Mahathir in his book, Malays Forget Easily”

    In my case, it’s a different story. We, the Malay students are the minority in Malaysian Student Association, while the Chinese students are the majority. However, most of the time we tried hard to proof to them that we are not like the typical Malay that they know. We are not the people who can only have power if we are the majority (just like in Malaysia). We try hard to show to them that we can also have power and can do some work even we are the minority.

    I know that there are a lot of Malays in Vanderbilt. I am glad that you are not just typical Malay but the one who thinks forward.

    Keep it up.
    Wassalam

  7. dr w on

    salam ziarah blog anak muda.jemput ke ilmuwan-w.blogspot.com

  8. liza_ar on

    salam..nice article..k tc =)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: