Prakata: Bicara Intelektual

Bicara Intelektual pada asasnya diilhamkan untuk menggabungkan idea-idea segar daripada para remaja. Bicara Intelektual berusaha untuk menampilkan topik yang pelbagai dan menyeluruh dan akan menyebarkan idea atas kapasiti mewakili pemikiran segolongan para remaja.

Izinkan saya memperkenalkan kepada anda Bicara Intelektual, suatu wadah perkongsian idea pintar para remaja Malaysia. Sejujurnya idea ini hadir setelah sekian lama saya menyaksikan bahawa golongan remaja turut memiliki pelbagai idea yang segar dan wajar diketengahkan. Menyedari kecanggihan teknologi kini yang boleh digunakan untuk proses percambahan, perkembangan dan perkongsian ilmu, saya yakin bahawa weblog ini mampu menjadi wadah dan mangkin kepada penyuburan idea berkenaan hal ehwal semasa di kalangan remaja. Kendati pun demikian, hari ini masyarakat menyaksikan bahawa remaja sedang mengharungi suatu tahap yang sukar. Cabaran kebejatan moral yang melanda para remaja ketika ini merupakan masalah yang perlu ditangani segera, dan memerlukan kerjasama daripada seluruh pihak.

Namun, dicelah-celah keruntuhan moral yang melanda kebanyakan remaja, saya juga menyedari bahawa terdapat sebilangan remaja yang memiliki jiwa yang besar dan berkobar-kobar, intelektual yang tinggi serta kerohanian yang bersih terjaga. Saya percaya bahawa golongan ini memiliki horizon pemikiran yang tersendiri dan wajar diberi perhatian yang secukupnya.

Saya ingin menjemput para remaja Malaysia yang berada di serata pelusuk dunia untuk bersama-sama menggerakan weblog ini sebagai suatu usaha menyebarkan idea-idea kalian. Idea-idea yang kalian kongsi dan hasilkan melalui tulisan artikel amatlah bernilai dan tidak wajar disia-siakan begitu sahaja. Saya mengalu-alukan sebarang pendapat daripada anda.

Akhirnya, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat berkunjung ke Bicara Intelektual.

Salam hormat,

Amar Razali.
Nashville, TN.

25 Safar 1428.
Mac 15 2007.

2 comments so far

  1. Abu Hassan on

    Aslm wrh wbth,

    Idea dan usaha yang sangat baik dan menarik. Teruskan. Didoakan semoga berjaya.

  2. Ridwanto UTM on

    tahniah ,satu usaha yang murni bagi meningkatkan kemantapan intelektual yang kian mandul dalam masyarakat Melayu khasnya…
    Teruskan usaha


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: